Analisis tentang minggu orentasi
Para pelajar memerlukan pendedahan dan bimbingan yang baik dan ramah. Oleh kerana mereka adalah orang baru dan sebahagian besarnya masih muda dan remaja, sudah tentu suasana orientasi dapat membimbing, mengenal dan memahami perjalanan sesebuah universiti, falsafah yang digunapakai, corak kehidupan dan kegiatan di kampus dan di asrama di samping kegiatan-kegiatan di fakulti atau jabatan.
Kementerian Pengajian Tinggi ingin melahirkan mahasiwa yang berfikiran kelas pertama. Ia adalah suatu strategi yang baik. Tetapi apabila pengenalan awal dalam Bulan Orientasi tidak menggambarkan hal sedemikian, falsafah, misi dan visi universiti menjadi terjejas.
Pendekatan profesional dan matang boleh memberi kesan awal yang amat positif mengenai universiti yang berkaitan kerana pendedahan awal di kalangan senior atau jawatankuasa Bulan Orientasi meninggalkan kesan yang bermakna pada seseorang mahasiswa baru.
NURUL IZZAH SIDEK ialah graduan kejuruteraan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment