Tuesday, 25 October 2011

Gaya Kehidupan Seorang Pelajar UKM

Sebagai seorang manusia, saya mulanya agak kekok apabila masuk ke tempat yang baru contonya universiti. Pada mulanya saya tidak tahu kehidupan seorang pelajar universiti. Tetapi BMP(bulan mesra pelajar) banyak membantu saya mengenali sedikit sebanyak tentang universiti ini. Sebelum mendaftar, saya berjalan-jalan dahulu di kawasan UKM. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah " besarnya UKM nie". Saya terfikir bagaimana saya hendak pergi ke fakulti kerana kolej saya iaitu Kolej Keris Mas(KKM) agak jauh dengan fakulti saya iaitu Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Tetapi seeperti yang saya telah katakan pada mulanya BMP mengajar saya banyak perkara  tentang universiti.


Analisis tentang minggu orentasi

Para pelajar memerlukan pendedahan dan bimbingan yang baik dan ramah. Oleh kerana mereka adalah orang baru dan sebahagian besarnya masih muda dan remaja, sudah tentu suasana orientasi dapat membimbing, mengenal dan memahami perjalanan sesebuah universiti, falsafah yang digunapakai, corak kehidupan dan kegiatan di kampus dan di asrama di samping kegiatan-kegiatan di fakulti atau jabatan.
Kementerian Pengajian Tinggi ingin melahirkan mahasiwa yang berfikiran kelas pertama. Ia adalah suatu strategi yang baik. Tetapi apabila pengenalan awal dalam Bulan Orientasi tidak menggambarkan hal sedemikian, falsafah, misi dan visi universiti menjadi terjejas.
Pendekatan profesional dan matang boleh memberi kesan awal yang amat positif mengenai universiti yang berkaitan kerana pendedahan awal di kalangan senior atau jawatankuasa Bulan Orientasi meninggalkan kesan yang bermakna pada seseorang mahasiswa baru.
NURUL IZZAH SIDEK ialah graduan kejuruteraan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

Perjalanan Hidup Seorang Pelajar UKM

Bermulanya saya menjejakan kaki di UKM ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah "Best tak masuk U". Itulah perkara pertam yang saya fikirkan.... Lama kelamaan baru saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di U. Makan, ermmm... di Kolej saya agak mahal, dan tidak berapa sedap. Makanan yang mahal memberi kesan kepada saya. Dengan pinjaman yang PTPTN yang tidak masuk lagi, saya mengikat perut. Hanya makan sekali sehari. Ini telah memberi kesan kepada tahap kesihatan. Nasihat saya kepada pembaca di luar sana, carilah alternatif dalam menyelesaikan masalah, lagi-lagi masalah yang selalu dihadapi para pelajar iaitu DUIT!!


10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus
Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan
Panduan 3: Amalkan tabiat melabur
Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah
Panduan 5: Potong kad kredit anda
Panduan 6:  Kurangkan bil elektrik anda
Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak
Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda
Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam
Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan

 laman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my).

Makan!!

Setiap hari seorang manusia mesti menjamah sedikit makanan. Aku seorang pelajar mestilah mencari makanan yang sedap dan murah. Di KKM makanan mahal + tidak sedap. Jadi aku mengambil alternatif untuk mencari tempat makan yang sedap dan murah. Jadi setiap kali mempunyai peluang aku akan mekan tengahari di KPZ kerana FTSM agak dekat dengan KPZ. Kadang kala aku juga akan makan di Fakulti kejuruteraan. Sarapan pula, aku akan minuh sekotak air soya dan sebungkus biskut yang aku akan beli tiap kali ayah aku datang ke UKM. Ini sedikit sebanyak menjimatkan duit aku dan yang penting aku kenyang. Malam pula, aku akan makan makanan yang ringan-ringan sahaja contohnya nasi goreng, sup dan lain-lain.
Kadang-kala aku akan makan sahaja maggi ataupun biskut dan roti yang aku simpan sebagai stok makanan di dalam bilik. Dan sebaik-baiknya makanlah yang berkhasiat yang mengikut piramid makanan.


9 Tips Diet Sihat untuk Pelajar Universiti

1. Jangan skip breakfast!
2. Makanan segera?
3. Makan berkalsium tinggi
4. Kurangkan berat badan
5. Kurangkan pengambilan gula.
6. Banyakkan minum air.
7. Berdisiplin!
8. Mayonis lebih, please? What?
9. Snack time! JANGAN!!

Kawan

Saya tahu semua pelajar tahun satu mesti hendak mencari seorang kawan yang yang dapat membantu kita apabila berada didalam kesusahan. Ayah saya juga berpesan supaya mencari kawan yang elok kerana kawan akan banyak  mempengaruhi kita dalam semua perkara. contohnya jika kita rapat dengan seseorang yang berperangai buruk, maka buruklah juga perangai kita, dan sebaliknya. Alhamdullilah semua kawan baru saya di universiti bayak membantu saya apabila berada didalam kesusahan. Yang penting jangan memilih kawan. Sebagai seorang pelajar kita perlu berkawan dengan semua orang. Boleh berkawan dengan orang yang buruk perangainya, tetapi janganlah kita terlalu mengikut rentak kehidupan.



Tiga tipas  dasar menangani sesama manusia :

  1. Jangan mengkritik, mengeluh, atau mencerca
  2. Berikan penghargaan yang tulus dan jujur
  3. Bangkitkan minat pada diri orang lain 
Enam cara membuat orang lain menyukai anda :
    1. Bersungguh-sungguh menaruh minat pada orang lain
    2. Terseyumlah
    3. Ingatlah nama seseorang adalah hal yang paling mengesankan dan paling penting bagi orang itu dalam bahasa apapun
    4. Jadilah pendengar yang baik. Dorong orang lain untuk berbicara tentang dirinya
    5. Bicaralah minat-minat orang lain
    6. Buat orang lain merasa penting, Dan lakukanlah dengan tulus

Monday, 24 October 2011

Kehidupan Seorang Pelajar U

Program ketika BMP Kolej Keris Mas.

Lebih kurang 2 bulan aku berada di universiti. Sebagai pelajar tahun satu dan semester satu pada mulanya memang agak tunggang terbalik. Ketika kali pertama menjejakkan kaki di Fakulti Teknologi dan Sains maklumat, barulah aku berasa seperti seorang pelajar universiti.


Berada di dalam bilik Multimedia FTSM ketika kusyuk mendengar ceramah bersama-sama rakan yang baru.

Sekarang aku nak menceritakan pula tentang gaya hidup seorang pelajar UKM.

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya...